Saturday, October 30, 2010

Minggu 13: Jurnal Refleksi

Salam satu Malaysia...

seni-tari-dan-atraksi-barongsai

Tarian singa memang bukan sesuatu yang baru pada saya kerana setiap tahun saya akan melihatnya di rumah kawan, kedai dan persatuan singa juga akan melawat dari rumah ke rumah. Tarian singa ini dibawa dari Tanah Besar Cina pada abad ke-19 semasa penghijrahan masyarakat Cina ke Malaysia.
Dalam kuliah minggu ini saya mengetahui rupanya terdapat Tarian Singa Selatan dan Tarian Singa Utara dan mempunyai perbezaan. Tarian Singa Selatan dipersembahkan sebagai istiadat upacara iaitu tarian 'Chai Ching' manakala Tarian Singa Utara pula dipersembahkan lebih kepada hiburan dan dipersembahkan bersifat pementasan akrobatik. Tarian singa hanya menggunakan tiga jenis alat utama iaitu luo, bo, dan gu. Terdapat lima pergerakan dalam tarian 'Chai Ching'. Bahagian pertama adalah kemunculan Singa dengan titiran, bahagian kedua adalah Singa menyembah juga dengan titiran, bahagian ketiga adalah singa berjalan dengan irama bertitik, bahagian keempat adalah singa menjumpai makanan dengan titiran dan bahagian kelima adalah titiran dan irama bertitik.
Teknikal subjek SMP2252 memang baik kerana penggunaan blog dan facebook serta link ke youtube telah memudahkan kita membuat kerja kursus dan membuat ulangkaji. Semua maklumat dan pembentangan setiap minggu akan diupload ke blog dan semua rakan boleh berkongsi serta memberi pandangan. Semua ini sememangnya adalah pengalaman yang berharga kerana saya tidak pernah membuat blog sebelum ini.
Kandungan kursus adalah menarik kerana saya dapat banyak info yang baru dan pengetahuan yang begitu menarik yang tidak pernah saya mengambil tahu selama ini. Walaupun hidup dalam Malaysia lebih daripada 20 tahun, namun setiap pembentangan oleh En. Amran dan rakan adalah sesuatu yang baru kerana saya tidak mengambil berat tentang muzik tradisional ini. Walaupun saya mengetahui adanya tarian singa tetapi saya tidak mengetahui sejarahnya dan terdapat fungsi yang berbeza antara Utara dan selatan. Kandungan kursus selama minggu ke-14 sememangnya membantu saya lebih menghargai nilai estetika muzik tradisional dan budaya tradisional dalam Malaysia.
Refleksi yang dibuat selepas pembentangan dan kuliah telah memberangsang kemahiran berfikir pelajar. Saya akan memberi pandangan dan pendapat tentang pembentangan setiap minggu dan kritikan sememangnya tidak dapat dielakkan.
Sekiranya saya tidak memahami dan bertanya soalan dalam blog, En. Amran dan rakan turut akan menjawab soalan saya dan mempuanyai feedback yang baik. Maklumat yang diuploadkan adalah dibuka kepada semua pelajar untuk bertanya dan kumpulan yang bertanggungjawab atau pelajar yang berkenaan akan menerang soalan yang dikemukakan. Nampaknya kolaboratif dalam penggunaan blog dapat mencapai tahap yang agak memuaskan.
Pendekatan pengajaran yang digunakan oleh En. Amran adalah berkesan kerana hampir semua topik saya menguasai dengan baik. Namun terdapat juga sedikit yang tidak faham kerana perlu memahami sesuatu perlu mengetahui sesuatu budaya secara dalam. Namun, dengan pendekatan En. Amran memang baik dan saya rasa hampir semua pelajar dapat meguasai pelajaran Muzik Tradisional dengan baik.
Pembentangan kumpulan keseluruhannya adalah baik kerana setiap kumpulan telah berjaya membuat kerja lapangan dan mempunyai feedback yang baik. Ini merupakan kali pertama saya untuk membuat kerja lapangan semata-mata untuk pembentangan. Sememangnya mencabar kerana dapat bertemu dengan orang yang berpengalaman dalam tarian Makyung. Saya agak menyanjug pewaris-pewaris budaya Malaysia sedemikian.
Saya ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada EN.Amran kerana sudi menjadi pensyarah kita dalam kursus SMP2252 ini. En. telah mengajar kita bagaimana membuat blog dan banyak pengalaman serta ilmu telah saya perolehi dalam kelas En. Saya mencadangkan jika setiap kumpulan membawa cerita secara terus dalam kelas ataupun tarian agar setiap pelajar boleh merasai budaya tradiasional Malaysia. Di sini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekalian kerana atas kerjasama anda semua kita telah berjaya mengakhiri kursus SMP2252. Agak berat hati kerana kursus ini telah sampai akhir namun kita perlu meneruskan perjuangan kita dalam ujian nanti. Good luck to all my friends!!!!

Sekian terima kasih....

12 comments:

SMP2252 SING YING on October 30, 2010 at 11:15 PM said...

Ulasan yang ringkas dan tepat.... Taniah kepada saudari Christine!

CHRISTINE on October 30, 2010 at 11:44 PM said...

terima kasih saudari sing ying...selamat bercuti!!

SMP2252 SING YING on October 31, 2010 at 4:22 AM said...

Rupa-rupanya anda sambung balik, saya ingat hanya ada penerangan tentang Tarian singa. Syabas dan Tahniah saya ucapkan kerana kita telah berjaya mengambil kursus ini. Tidak saya lupakan ialah kita perlu berusaha untuk menduduki peperiksaan akhir nanti.
Semoga kita maju jaya dalam peperiksaan akhir nanti. "Jia You"!!

SMP2252 FARAH on October 31, 2010 at 5:23 AM said...

Moga kita sama2 mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek ini. Buktikan, kita seronk & ambil perhatian subjk ini.. Cayoookkk

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 5:53 AM said...

good luck to u too christine!!!

SMP2252 ASHARI on October 31, 2010 at 6:11 AM said...

ringkas dan padat ulasan anda. moga maju jaya dalam exam nant

syafiqa on October 31, 2010 at 6:30 AM said...

ulasan yang baik... tahniah christine

~cikshue~ on October 31, 2010 at 7:38 AM said...

Ulasan yang baik. Namun lebih baik jika disertakan video..

Marlin on October 31, 2010 at 7:41 AM said...

Inilah kebaikannya apabila dapat belajar bersama dengan pelajar yang bangsa lain seperti bangsa Cina. Ini kerana, dengan adanya mereka, kita akan mendapat lebih banyak input lagi tentang kebudayaan dan adat mereka. Hal yang sama juga berlaku dalam kelas muzik tradisional. Saya berterima kasih kepada Christine kerana sudi berkongsi info-info lain dalam kelas.

CHRISTINE on October 31, 2010 at 8:18 AM said...

haha...terima kasih marlin dan rakan-rakan sekalian...good luck to all in final exam... gambateh!!!

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 8:55 AM said...

good luck to u too christine....miss u....haha.....

SMP2252 Holoahshin on October 31, 2010 at 9:01 AM said...

tANIAH.... ulasan yang baik dan menarik..... wakakkaka
gambar ini macam same dengan saya erm..... XD

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template