Sunday, July 25, 2010

Minggu 2 Jurnal Refleksi

Salam perpaduan diucapkan kepada Encik Amran dan semua rakan. Kelas minggu kedua memang menarik perhatian saya kerana saya banyak mempelajari ilmu yang baru walaupun saya merupakan pelajar muzik tetapi tidak banyak mengenali tentang muzik tradisional. Saya pelajari lima topik daripada kelas Muzik Tradisional pada minggu kedua iaitu sounscape, budaya muzik, sejarah, kategori alat muzik, dan konsep ataupun struktur.

Soundscape merupakan gabungan sound dan scape. Sound merupakan bunyi dan scape adalah pemandangan. Maka gabungan perkataan soundscape adalah pemandangan bunyi. Selepas penjelasan dalam kelas, saya memahami soundscape dengan jelas dan pensyarah memberi contoh landscape adalah pemandangan mata.

Budaya muzik merupakan gabungan budaya dan muzik. Budaya adalah cara hidup manakala muzik adalah sesuatu yang dicipta serta disusun dan mengandungi banyak elemen seperti pic, ritma dan ton warna, Maka budaya muzik bermakna penglibatan sesuatu budaya untuk menghasilkan muzik dan membawa idea, aksi dan pakaian serta peralatan yang berbeza.

Muzik akan menjadi universal jika masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan tentang muzik dan boleh menilai sesuatu muzik dengan baik.

Sejarah muzik tradisional Malaysia boleh dipandang dari banyak sudut dunia Melayu lama yang merangkumi Malaysia, Indonesia, Flipina, Kampuchea dan sebahagian Thai. Interaksi pelbagai budaya telah menghasilkan kepelbagaian genre. Dalam konteks budaya pula, terdapat persamaan struktur muzik kerana dipengaruhi oleh unsur India, Timur Laut dan negara China.
Kategori alat muzik boleh diklasifikasi kepada empat jenis iaitu kordofon, aerofon, membranofon, dan idiofon. Kordofon adalah alat muzik yang mempunyai tali yang ditegangkan dan akan mengeluarkan bunyi apabila dipetik atau digesek akibat getaran tali yang ditegangkan. Contoh alat kordofon adalah gitar, violin, rebab dan lain-lain. Contoh gambar alat-alat kordofon adalah seperti berikut.















Membranofon pula adalah alat muzik yang menghasilkan bunyi pada permukaan kulit yang ditegangkan apabila dipalu dan tidak mempunyai pic. Alat membranofon penting dalam mengawal tempo sesuatu lagu yang dimain. Contoh alat membranofon adalah drum, gendang, rebana, kompang dan sebagainya. Terdapat gambar-gambar alat membranofon seperti di bawah.





Aerofon adalah alat muzik yang berbunyi apabila ditiup dan bunyi dihasil melalui lubang udara. Contoh aerofon adalah seruling, rekoder, clarinet dan sebagainya. Antaranya adalah gambar-gambar aerofon.


Idiofon datangnya dari perkataan idiot kerana alat muzik idiofon menghasilkan bunyi yang berpic apabila dipukul atau dipalu akibat tindakbalas pada rangka badan yang bergema. Contoh alat-alat idiofon adalah gamelan, xylofon dan sebagainya.

Topik yang teakhir adalah struktur atau konsep bunyi. Terdapat enam elemen dalam konsep bunyi iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk atau form, notasi, dan ekspresi ataupun tafsir. Melodi adalah irama sesuatu lagu yang mengandungi pic dan boleh dihasilkan dalam ton warna yang berbeza. Ritma adalah detik dalam sesebuah lagu yang mempunyai tempo ataupun kelajuan yang tetap ataupun tidak tetap. Harmoni adalah bunyi yang dihasilkan dari gabungan pic yang berlainan dan sesuai dengan permainan kord. Bentuk atau form ialah frasa yang terdapat dalam sesebuah lagu yang melibatkan persamaan, pengulangan, perbezaan dan lain-lain. Contoh form ialah ABA, AABA dan sebagainya. Notasi adalah simbol bertulis yang mewakili pic, jangka masa serta susunan berirama ton muzik. Ekspresi adalah perasaan terhadap sesebuah lagu dengan temponya, dinamik, frasa serta ton warna.

Topik yang diajar pada minggu kedua ini adalah menarik walaupun sesetengah topik telah diajar di kelas lain. Namun penerangan Encik Amran yang begitu senang difahami membuatkan saya lebih faham apa yang disampaikan olehnya.

Sekian terima kasih.














2 comments:

Damiana on July 30, 2010 at 2:08 AM said...

Salam sejahtera Cristine.

Saya ingin mengucapkan tahniah untuk posting kedua awak. Kupasan yang menarik. Banyak yang anda tahu mengenai muzik. Saya harap anda boleh membantu saya dalam subjek ini. Terima kasih kerana anda telah membantu saya sewaktu membuat blog tempoh hari. =)

CHRISTINE on July 30, 2010 at 9:22 PM said...

terima kasih nursuhadah. Saya juga merupa pelajar yang sedang belajar, kalau ada apa boleh bantu akan saya tolong. Selamat berjuang ya rakan yang dikasihi. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya kita bila-bila masa dan saya akan cuba menjawabnya.

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template