Friday, July 30, 2010

Minggu 3 : Jurnal Refleksi

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua.

Dalam kelas minggu ketiga, kita perlu fokus kepada tiga topik iaitu kaedah klasifikasi Muzik Tradisional Malaysia, kategori muzik tradiosional Malaysia, dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia.

Pada kefahaman saya, adaptational dalam konsep muzik adalah perubahan yang berlaku dari segi cara persembahan, pakaian dan selainnya dalam sesuatu budaya agar mencapai ekologi, fisiologi yang seimbang. Adaptational adalah berorganik iaitu bermaksud benda hidup. Maka benda hidup akan berubah mengikut kesesuaiannya agarnya boleh diterima dan boleh hidup secara bebas dan selesa. Muzik adalah hidup dan muzik berubah mengikut kesesuaian budaya di merata dunia. Contohnya di Malaysia mempersembahkan lagu ghazal parti (boleh rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Ghazal_parti )yang mempunyai unsur arab tetapi telah diubahsuaikan agar muzik yang dipersembahkan itu boleh diterima oleh budaya Malaysia. Idiosinkretik pula bermaksud mengekalkan gaya atau cara tersendiri tanpa berlakunya perubahan dari aspek mode muzik dan prinsip akustik. Contohnya gambus di Indonesia, India dan Malaysia adalah sama dari segi rupa, ton warna dan picnya.

Alat muzik boleh diklasifikasi mengikut kategori budaya muzik Cina, India, Barat dan lain-lain. Alat muzik budaya barat pula boleh diklasifikasikan dan tiga kategori iaitu alat perkusi, bertali dan tiupan. Dalam cabang tiupan mempunyai alat tiup kayu dan brass.
Ciri-ciri utama dalam Muzik Tradisional Malaysia adalah terdapat tradisi besar iaitu dari budaya klasik atau istana dan tradisi kecil iaitu terdiri daripada budaya rakyat. Terdapat gabungan antara kedua-dua tradisi besar dan tradisi kecil dan akhirnya menghasilkan muzik budaya sinkretik.

Muzik Tradisional Malaysia boleh dikategorikan kepada empat jenis muzik utama iaitu muzik rakyat, muzik klasik, muzik sinkretik, dan muzik kontemporari. Muzik rakyat dikenali oleh masyarakat desa atupun petani dan tidak senang berubah. Muzik rakyat adalah muzik yang berkait dengan kehidupan yang berunsur nasihat, cinta, patriotik dan sebagainya. Muzik sedemikian dibuat agar petani yang letih boleh menyanyi samping membuat kerja dan kanak-kanak bernyanyi untuk mengisi masa lapang dan belajar nilai murni serta nasihat dalam lagu.



Muzik klasik adalah muzik yang bersistem dan kukuh kerana terdapat guru yang mengajarnya dan dinotasikan. Contohnya adalah gamelan, nobat dan orkestra karnatik.



Muzik sinkretik adalah muzik yang dihasilkan apabila berlakunya pertembungan budaya. Contohnya muzik sinkretik dihasilkan apabila muzik rakyat bertembung dengan muzik klasik.
Contoh ghazal johor seperti berikut.



Muzik kontemporari adalah muzik yang mempunyai melodi yang sedap dan dipelopori dalam jangka masa yang pendek. Muzik kontemporari akan diperbarui dan bertukar dari semasa ke semasa mengikut tren semasa.



Terdapat enam ciri-ciri Muzik Tradisional Malaysia iaitu muzik bentuk seni lakon utama, muzik bentuk tarian utama, muzik ensemble genderang, muzik vokal dan instrumental solo, muzik ensemble sosial popular, dan muzik ensemble lain. Muzik bentuk seni lakon utama adalah berciri teater dan muzik budaya serta mengutamakan alat idiofon dan membranofon. Alat membranofon seperti gendang adalah penting kerana ia mengawal tempo sesuatu muzik. Muzik bentuk tarian utama adalah tradisi muzik yang mengiringi tarian yang terdiri daripada tradisi kesenian tinggi dan tradisi rakyat. Muzik ensemble genderang akan mengiringi muzik tarian utama dan aktiviti kerja, upacara serta seni mempertahankan diri. Contoh alat muzik genderang adalah seperti kompang, caklempong dan sebagainya. Ensemble genderang juga dikenali sebagai ensemble stand alone kerana alat instrumen seperti kompang dan nobat boleh bermain tanpa iringan lain seperti drama dan tarian. Berikutnya adalah persembahan tumbuk kalang.




Muzik vokal dan instrumental solo melibatkan semua aspek masyarakat seperti meraikan kelahiran anak dan upcara funeral. Muzik ini disebar melalui lisan dengan menggunakan daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat. Berikutnya adalah muzik kenyah.




Muzik ensemble sosial popular adalah muzik yang dipersembahakan dalam majlis perayaan dan sebagai muzik hiburan. Maka wujudlah muzik sinkretik iaitu pertembungan unsur muzik luar dengan unsur muzik tempatan, dikir barat, nyanyian dalam keroncong dan lain-lain. Contoh hua yue tuan iaitu orkestra cina juga merupakan muzik hiburan. Video di bawah adalah orkestra cina mempersembahkan muzik jazz yang bertajuk rindu.




Muzik bentuk lain adalah muzik yang berada dalam Malaysia tetapi belum didokumentasikan dan dikaji secara mendalam. Sebagai pelajar muzik, marilah kita bersama-sama mengkaji muzik yang belum didalami sehingga kini. Berikutnya adalah persembahan boria di Pulau Pinang.


Selamat membaca...Kalau ada sesiapa yang ingin menambah dan memberi pandangan, pendapat kamu adalah dialu-alukan. Kepada rakan suriani, sila memberi komen yang bernas anda.

Sekian...


6 comments:

aniey_annatasia on July 31, 2010 at 8:20 AM said...

Hai Christine.. Bila nak sambung posting awak ni? Tak sabar nak baca posting seterusnya.

CHRISTINE on July 31, 2010 at 8:55 PM said...

jangan risau sayang...akan saya sambung kemudian...hehe^^

Teoh Koh Sing on July 31, 2010 at 9:43 PM said...

cepatlah sambung sayang......semua orang tak sabar dah.....haha....

CHRISTINE on July 31, 2010 at 11:52 PM said...

dah siap... sila memberi pandangan anda semua... terima kasih...

Marlin on August 2, 2010 at 2:45 AM said...

Hi Christine.. refleksi anda sungguh menarik. Saya sangat tertarik dengan Erhu Jazz Concerto.. Saya tidak menyangka bahawa gabungan alat-alat muzik ini membawa kepada satu persembahan yang sangat menarik. Tahniah!

Nurhanis Zahidah Hashim on August 2, 2010 at 7:35 AM said...

best!

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template