Showing posts with label Minggu 12 : Jurnal Refleksi. Show all posts
Showing posts with label Minggu 12 : Jurnal Refleksi. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Minggu 12: Jurnal Refleksi

Selamat sejahtera dan salam perpaduan semua...
Hari ini merupakan kelas yang tiadanya pembentangan. En. Amran telah memperkenalkan Gendang 24 musim yang diwarisi oleh orang cina. Gendang yang dimainkan terdapat 24 buah gendang dan setiap padanya ditulis musim yang ada di china mengikut musim menuai. Gendang 24 musim adalah sama dengan gendang tarian singa.

Selepas melihat video yang ditayang dimana gendang 24 musim ini dimain di sekolah menengah, saya berasa kagum sekali dan ingin mencuba serta menguasainya walaupun majoriti adalah lelaki main. Sebagai pewaris negara, kita harus menguasai permainan sedemikian agar budaya itu mengekal dan menunjukkan identiti kita pada orang lain.

Saya pernah melihat gendang 24 musim dimainkan secara dekat dan bunyi yang dihasilkan adalah begitu dikagumi kerana kita dapat merasa hati yang bersatu antara satu sama lain untuk membunyikan secara serentak dan ada yang bermain tingkah. Ia boleh diiringi oleh tarian cina juga. Saya ingin menguasai cara bermian Gendang 24 musim agar boleh mengajar murid-murid saya pada masa depan. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh jika diberi peluang belajar.

Sekian...
Teruskan Membaca...
 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template