Monday, October 25, 2010

Minggu 12: Jurnal Refleksi

Selamat sejahtera dan salam perpaduan semua...
Hari ini merupakan kelas yang tiadanya pembentangan. En. Amran telah memperkenalkan Gendang 24 musim yang diwarisi oleh orang cina. Gendang yang dimainkan terdapat 24 buah gendang dan setiap padanya ditulis musim yang ada di china mengikut musim menuai. Gendang 24 musim adalah sama dengan gendang tarian singa.

Selepas melihat video yang ditayang dimana gendang 24 musim ini dimain di sekolah menengah, saya berasa kagum sekali dan ingin mencuba serta menguasainya walaupun majoriti adalah lelaki main. Sebagai pewaris negara, kita harus menguasai permainan sedemikian agar budaya itu mengekal dan menunjukkan identiti kita pada orang lain.

Saya pernah melihat gendang 24 musim dimainkan secara dekat dan bunyi yang dihasilkan adalah begitu dikagumi kerana kita dapat merasa hati yang bersatu antara satu sama lain untuk membunyikan secara serentak dan ada yang bermain tingkah. Ia boleh diiringi oleh tarian cina juga. Saya ingin menguasai cara bermian Gendang 24 musim agar boleh mengajar murid-murid saya pada masa depan. Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh jika diberi peluang belajar.

Sekian...

9 comments:

Damiana on October 29, 2010 at 5:38 PM said...

Hai Cristy.

Adakah seni muzik ini hanya untuk yang berketurunan Cina sahaja?

smp2252aisya on October 30, 2010 at 3:12 AM said...

padat dan ringkas..

bancha on October 30, 2010 at 10:28 PM said...

Saudari ingin belajar seni bermain gendang ini? sebenarnya ia tidak susah namun memerlukan tenaga yang kuat kerana persembahan ini memerlukan kita melakukan pergerakan seni mempertahankan diri dan aksi-aksi yang gagah. Saya percaya awak akan dapat melakukannya..Chiayok

CHRISTINE on October 30, 2010 at 11:43 PM said...

tidak Nursuhadah....semua orang boleh belajar dan meguasainya, gendang 24 musim menunjukkan warisan budaya Malaysia, oleh itu, sebagai warga Malaysia, kita harus mempertahankan seni ini dan memperluaskan kepada orang ramai...
Saya ingin belajar bancha, saudari bancha tahu ke cara bermain dan rhythm serta pergerakan gendang 24 musim ini??

RK_nisa on October 31, 2010 at 2:16 AM said...

Christine sayang tak nak join Gendang 24 musim ni?mari kita sama-sama tubiuhkan pasukan.heheh

Teoh Koh Sing on October 31, 2010 at 6:55 AM said...

boleh...dan kita minta bancha tolong ajarkan anak murid k...hehe

CHRISTINE on October 31, 2010 at 7:17 AM said...

betul...bancha adalah orang yang berpengalaman dan kita seharusnya ajak dia untuk membuka kelas gendang 24 musim agar boleh disemai ke pelajar yang berada di MAlaysia ini....

~cikshue~ on October 31, 2010 at 7:39 AM said...

saya setuju....hidup bancha!!!~hehe

Peter parker on December 24, 2018 at 9:45 PM said...

KYC documents verification issue on Gdax Support
Are you a Gdax user? Are you having a problem with the verification of KYC documents? Is this becoming an obstruction in your trading path and you are having the struggle in accessing your Gdax account due to this error in verification? Don’t worry such an issue can be easily stopped by contacting a delegate at Gdax customer service by dialing Gdax Support Number +1-800-665-6722? The highly able executive aims at giving you fancied and best suitable solutions to all your questions.
For more info: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template