Terdapat empat jenis wayang kulit yang terdapat di Malaysia iaitu wayang kulit Jawa, wayang kulit Gedek, wayang kulit Melayu dan wayang kulit Kelantan.
Wayang kulit Jawa berasal dari Indonesia dan dikenali sebagai Purwa. Alat muzik yang digunakan adalah gamelan Jawa. Cerita Pendawa Jawa tidak mempunyai cerita panji. Patung-patung wayang kulit Jawa meyerupai wayang kulit Kelantan tetapi berbeza dari segi mata dan kedua-dua sendi patung wayang kulit Jawa boleh bergerak. Bahasa Jawa dan melayu tempatan diselitkan dalam dialog. Wayang kulit Jawa biasanya dipersembahkan di Johor dan Selangor.
Wayang kulit Gedek pula dipersembahkan di Perlis dan Kedah. Wayang kulit Gedek berasal dari Thailand-Nang Talung. Patungnya mempunyai muka yang berposisi ke depan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Siam dan dialek melayu Kedah. Alat instrumen yang digunakan adalah serunai, kesi kecil, canang, cing, geduk, dan gedombak.
Wayang kulit Melayu pula lebih kurang sama dengan wayang kulit Jawa kerana berasal dari Indonesia dan dikenali sebagai Purwa juga. Wayang kulit Melayu lebih kepada hiburan bangsawan dan ceritanya dipengaruhi oleh cerita panji. Patungnya boleh bergerak kedua-dua sendi seperti pantung wayang kulit Jawa. Namun, alat muzik yang digunakan adalah berbeza. Wayang kulit Melayu menggunakan gong, canang, mong, kesi, gendang, dan rebab.
Wayang kulit Kelantan adalah teater rakyat dan sangat popular di kalangan melayu kelantan dan juga masyarakat di semenanjung. Terdapat watak peran iaitu Pak Dogol dan Wak Long yang berwatak lucu. Patungnya adalah mengiring dan kebanyakkan berdiri di atas kenderaan. Patungnya hanya boleh menggerakkan tangan depan yang memegang alat sahaja. Alat muzik yang digunakan adalah tetawak, canang, kesi, gendang, geduk, gedombak, mong, serunai, dan pemetek.
Sebenarnya, adalah senang untuk membezakan keempat-empat wayang kulit yang diatas. Pertama, kalau alat muzik yang digunakan adalah gamelan Jawa dan berdialog dalam bahasa Jawa dan kedua-dua tangan patungnya boleh bergerak, maka itu adalah wayang kulit Jawa. Kedua, jikalau alat muzik seperti serunai, alat Saw oo dan bahasa Siam dan bahasa utara digunakan, serta mempunyai patung yang menghadap depan, maka itu adalah wayang kulit gedek. Wayang kulit Melayu pula lebih kurang dengan wayang kulit Jawa tetapi alat muzik yang digunakan adalah berbeza. Wayang kulit Melayu menggunakan rebab dua tali dan tidak mempunyai alat aerofon. Patungnya juga boleh mengerakkan kedua-dua sendi tangan. Wayang kulit Kelantan pula menggunakan serunai dan alat-alat lain tetapi tidak mempunyai alat kordofon. Patungnya adalah mengiring seperti patung Jawa.
Sekian terima kasih...
2 comments:
tahniah christine...penerangan anda sangat jelas..teruskan usaha anda~~
hehe...terima kasih...anda juga membuat refleksi yang memberangsang...marilah kita sama-sama berusaha^^
Post a Comment