Friday, August 13, 2010

Minggu 5 : Jurnal Refleksi

Salam perpaduan kepada En. Amran yang rakan sekalian yang dikasihi...

Pada minggu kelima ini, saya telah belajar banyak ilmu yang baru walaupun saya telah mengambil subjek gamelan dan caklempong. En Amran telah mendedahkan lebih banyak istilah-istilah yang saya tidak tahu sebelum kelas minggu kelima. Pada minggu kelima, kita mempelajari gamelan dan caklempong. Sasaran minggu ini adalah sejarah dan jenis-jenis gamelan, alat muzik gamelan, sistem tonal, melodi, bentuk, dan tekstur dalam gamelan dan caklempong pula adalah sejarah caklempong, alat caklempong dan sistem tonal, melodi, irama dan bentuk.

Perkataan 'Gamelan' berasal dari bahasa Jawa yang bermaksud dipukul kerana semua alat dalam gamelan adalah dimain secara dipukul atau dipalu. Terdapat gamelan yang diperbuat dari perunggu iaitu gangsa dan kayu, dan ada juga dari besi dan buluh. Alat-alat gamelan mempunyai larasan yang tetap iaitu 'fixed tuning'.

Terdapat gamelan Melayu dan gamelan Jawa. Gamelan Jawa dan Gamelan Melayu dikategorikan dalam muzik bentuk tarian utama. Gamelan melayu juga disebut gamelan Terengganu dan lebih dikenali sebagai Joget gamelan. Gamelan Melayu wujud di Istana Riau Lingga pada abad ke-18 dengan ikatan perkahwinan keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara dari Negeri Pahang. Awal abad ke-20, gamelan Melayu berpindah ke Istana Terengganu meraikan majlis perkahwinan Sultan Sulaiman-Terengganu dengan Tengku Mariam-Pahang. Tengku Mariam yang begitu meminati gamelan telah membawa gamelan dari Pahang ke Terengganu dan disinilah bermula identiti Muzik Gamelan Melayu dan Jawa dipisahkan melalui penciptaan lagu baru dan sistem tuning, instrumentasi dan melodi. Set Gamelan Terengganu mengandungi tujuh alat iaitu gendang, bonang ataupun keromong, saron barung, saron peking, gambang, kenong, dan gong. Sistem melodi, bentuk, irama dan struktur boleh dirujuk dalam http://www.scribd.com/doc/26245590/Gamelan-Pengenalan-Latar-Belakang-1-Gamelan-Melayu-Terengganu-Pahang. Gambar di bawah adalah Gamelan Terengganu Melayu.

Gamelan Jawa pula berasal dari Pulau Jawa Tengah dan terdiri daripada set alat muzik yang diperbuat dari gangsa. Terdapat alat muzik kordofon, aerofon dan membranofon berserta dengan penyanyi lelaki dan perempuan. Muzik Gamelan Jawa digunakan untuk mengiringi tarian seperti Tarian Kifrah, Serimpi Lilin dan sebagainya. Gamelan Jawa turut digunakan untuk megiring kuda kepang, Barungan dan Riog. Gamelan Jawa juga dipersembahkan dalam majlis berkhatan dan perkahwinan. Gamelan Jawa/Johor adalah lebih kompleks berbanding dengan Gamelan Melayu kerana mengandungi sembilan alat gendang termasuk ketipung, jiblon, dan bem, bonang/keromong, demung, saron barung, saron penerus/peking, gambang, kenong, kempol dan gong.
Gamelan mempunyai tekstur polifoni iaitu terdiri daripada dua atau lebih lapisan suara. Ciri utama muzik gamelan adalah bentuknya yang berulang dan setiap frasa diulang muziknya dan bergerak dalam bulatan. Permainan gamelan memerlukan semangat kerjasama yang kuat agar memainkan sesebuah lagu dengan tempo yang sama. Video di bawah adalah Gamelan Jawa.



Caklempong dikenali sebagai telempong, tak lempong, ataupun talempong. Caklempong terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu di Negeri Sembilan. Caklempong berasal dari Minangkabau dan mengiringi tarian lilin, nyanyian, pencak silat, perkahwinan dan keramaian. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Cak_Lempong. Alat muzik caklempong adalah bonang, gereteh, tingkah, sauwa/saua, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai. Sila rujuk http://muzikdsmkmb.blogspot.com/2010/04/nota-caklempong.html.




Sekian terima kasih...

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template