'Masa itu emas'. Begitu cepat masa berlalu, sekelip mata sahaja kita telah sampai ke minggu keenam. Tajuk yang dibincangkan dalam minggu keenam adalah mak yung dan kompang.
Sebelum ini, saya tidak mengetahui apa sebenarnya mak yung dan fikirkannya adalah drama yang memakai mempunyai banyak dayang dan memakai pakaian yang menjolok mata. Selepas menghadiri kelas En. Amran, baru saya memahami serba sedikit tentang asal asul dan fungsi mak yung yang sebenar. Mak yung berasal dari perkataan Mak Yang yang bermaksud semangat padi. Orang dahulu amat memuja padi kerana padi merupakan hasil tanaman harian. Mak yung diketegorikan dalam seni lakon ataupun dramatari kerana dalam persembahan mak yung mempunyai lakonan, tarian dan muzik. Mak yung berasal dari Patani dan tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Sistem latihan, muzik, kostum diperhalusi secara sistematik adalah di bawah naungan Tengku Temenggung Ghaffar. Mak yung dahulunya adalah dipersembahkan di Istana sahaja dan kemudiannya bertukar dipersembahkan pada rakyat juga. Mak yung bertukar dari Tradisi Istana ke Tradisi rakyat. Persembahan mak yung boleh mempunyai tujuan ritual dan tujuan persembahan. Persembahan untuk tujuan ritual contohnya untuk penyembuhan penyakit dan sembah guru. Aras panggung untuk tujuan ritual adalah sama dengan aras tanah. Bagi persembahan tujuan persembahan pula, aras panggungnya didirikan beberapa kaki tinggi dari atas tanah, beratap dan berlakon di tengah-tengah panggung. Dikenali sebagai Theater In The Round. Cerita asal Mak yung adalah Dewa Muda. Watak-watak Mak Yung seperti Pakyung dan Pakyung Muda, Makyung dan Puteri Makyung, Peran tua dan Peran Muda, dan Tok Wak. Peranan utama terdiri daripada wanita pada abad ke-20. Lagu Mak Yung seperti Mengadab Rebab, Kijang Mas dan Lagu Sindung. Alat utama Mak Yung adalah sepasang gendang, sepasang tetawak, dan sebuah rebab 3 tali. Alat tambahan adalah geduk, canai dan serunai.
Rajah diatas adalah rebab. Rebab merupakan alat kordofon dan memainkan melodi. Berbadan dan berbentuk segi tiga. Bonggol kecil pada rebab dipanggil susu atau tetek untuk meredamkan bunyi. Bahagian atas dipanggil "kecopong" dan bahagian bawah dipanggil "kaki".
Melodi Mak yung adalah kompleks dan dipersembahkan oleh seorang penyanyi dan alat muzik rebab. Muzik Mak Yung adalah bertekstur heterofoni. Heterofoni merupakan tekstur yang lebih kompleks daripada monofoni. Contohnya, melodi mungkin yang sama tetapi ritma ataupun tempo adalah berbeza.
Sila rujuk pada http://malaysiana.pnm.my/kesenian/Kor_Rebab.htm, http://lokanbertepuk.com/mengenal-rebab/
Form atau bentuk lagu Mak Yung adalah ditentukan oleh sistem gongan. Contoh sistem gongan 8 bit, 16 bit dan 32 bit. Irama Mak Yung menggunakan 4 timbre dengan gaya meningkah. Sila rujuk http://musictradidional.blogspot.com/. Mak Yung telah diiktiraf oleh UNESCO di Malaysia.
Kompang berasal dari Arab di Asia Barat. Kompang juga dikenali sebagai
Dufuf, daff, duff, tar atau bendir. Indonesia pula dipanggil rebana atau
terbang.Alat kompang dibawa oleh pedagang Arab ke Malaysia pada kurun
ke-13 Masihi. Kompang adalah alat membranofon kerananya dibalut dengan
kulit dan dipukul. Terdapat dua pendapat tentang sejarah kompang.
Pendapat pertama adalah bentuk kompang adalah sama seperti hadrah
yangberada di Arab. Pendapat kedua pula adalah lirik lagu yang
dinyanyikanbersama kompang selalunya adalah bahasa Arab. Kompang
dibawa oleh Pedagang Arab ke Nusantara untuk menarik perhatian
pembeli dengan barangan yang dijual mereka. Permainan ini pula jadi
ikutan ramai sehinggakini. Permaian kompang berkembang di Tanah
Melayu akibat imigrasi orang Jawa. Adab permainan kompang agak
dititikberatkan seperti pakaian,kompang tidak boleh dilambung, tidak boleh
dilentang, kulit kompang tidak boleh menghadap ke lantai.
Alat muzik kompang adalah seperti di bawah.
Belulang adalah permukaan kulit kompang dan diperbuat daripada kulit
kambing betina. Belulang baluh pula merupakan kayu di sekeliling dan
diperbuat daripada nangka dan nama saintifiknya ialah Artocarpus
heterophyllus. Kompang memerlukan rotan sedak sebagai alat tala agar
menghasilkanbunyi yang sedap. Terdapat beberapa jenis permainan
kompang seperti Kompang Hadrah, KompangJohor, Kompang Ezhar,
dan Kompang Kelalang. Antara fungsi kompang adalah seperti mengiringi
nyanyian, mengarak penganti, menjadi elemen permainan alat lain,
merangsang semangat pasukanseperti bola sepak, dan pertandingan.
Terdapat tiga jenis pukulan iaitu melalu yang yang memainkan rentak asas,
pukulan menyilang yang memainkan up beat dan kumpulan meningkah
yang akan menghiaskan rentak yang dimain oleh melalu dan menyilang.
Terdapat tiga bahagian dalampukulan kompang iaitu pukulan 'Mula' untuk
memainkan sesuatu lagu, pukulan lagu dan pukulan 'Mati' untuk
mengakhiri sesebuah lagu. Sila rujuk
Terdapat pelbagai rentak yang boleh dipukul oleh kompang. Contohnya,
rentak Masri Asas, rentak Asli Asas, rentak Inang Asas, rentak Zapin,
rentak joget, dan pelbagai rentak yang lain lagi.
kompang seperti paluan kompang dan formasi. Kompang enam belas
inci adalah biasa digunakan oleh orang ramai.
3 comments:
christine, kenape sampai tajuk kompang, perkataan di tepi tu tak blh baca? Ada masalah tu....
huhu..yalo...sudah edit...tapi masih tk cantik... huhu...
tak cantik tak apa.ulasan kamu bagus ~~ hehehe...
Post a Comment