Saturday, August 28, 2010

Minggu 7 Jurnal Refleksi

Salam perpaduan...

Minggu ke tujuh merupakan minggu mulanya pembentangan kumpulan. Tajuk yang begitu familiar iaitu keroncong dan kuda kepang.

Seperti mana yang kita mengetahui, keroncong adalah ensemble yang dibawa oleh Orang Portugis semasa mereka datang ke Asia Tenggara. Penggunaan alat muzik seperti biola iaitu violin, flute, ukulele, gitar dan sebagainya boleh dinampakkan ensemble ini dibawa dari barat. Orang asia telah mengambil muzik keroncong Portugis untuk menyesuaikan muzik ini dengan permainan gamelan kerana keroncong fungsi dan bunyi yang hampir sama. Kacukan alat muzik barat dan gamelan melahiranlah Keroncong. Muzik keroncong dibawa masuk oleh masyarakat Jawa sekitar tahun 1940. Asalnya hanya lagu Indonesia dinyanyikan dalam keroncong tetapi mengikut peredaran masa, lagu melayu telah dicipta untuk muzik keroncong. Ukulele merupakan alat muzik yang asal dalam keroncong. Namun pada abad ke-16, rebana telah dimasukkan dalam ensemble keroncong dan kemudian alat mandolin turut dibawa masuk. Tetapi alat mandolin hanya bertahan sehingga abad ke-19. Pada asalnya harmonika memainkan melodi dan kemudiannya diganti dengan alat violin. Alat rebana digantikan dengan gitar. Gitar kemudian pula diganti dengan 3 string cello dimain secara petikan. Kemudiannya flute dan cak telah ditambahkan dalam ensemble keroncong pada tahun 1934.

Ahkirnya, alat keroncong telah ditetapkan dan terdiri dengan 7 alat iaitu violin, flute, cuk, cak, cello, dan double bass. Seperti apa yang dibincangkan oleh ahli kumpulan keroncong, biola adalah violin sebenarnya, namun penggunaan viola dalam pembentangan mengelirukan pelajar. Dia seharusnya menerangkan secara jelas pada awalnya. Seterusnya, dia menerangkan flute adalah alat yang memainkan melodi atau secara berduet dengan violin. Ada diantaranya dia masih tidak memahami dengan teliti alat tersebut seperti range flute. Range C Flute adalah C4 hingga C7.

Pembentang menunjukkan video tentang cara bermain alat keroncong seperti cuk, cak, gitar, cello dan lain-lain serta ritma yang dimainkan agar pelajar lebih memahami tentang watak semua alat keroncong. Itu merupakan penerangan yang jelas kerana mempunyai demonstrasi dalam video dan ahli kumpulan mereka serta penglibatan pelajar dalam kelas. Pembentangan dua hala adalah lebih efisien kerana pelajar akan lebih memahami apa yang diterangkan dan tidak berasa bosan dengan hanya pembentang yang asyik bercakap. Keseluruhan kumpulan keroncong adalah baik dan memuaskan kerana saya memahami apa yang diterangkan.

Kuda kepang merupakan kuda yang dianyam. Rupanya nama 'kuda kepang' mempunyai nama yang telah mewakili kuda yang dipersembahkan. Pembentangan ahli kumpulan kuda kepang adalah menarik kerana mempunyai latar belakang yang cantik dan ahli yang bekerjasama untuk menjawab soalan yang ditujukan. Setahu saya, kuda kepang adalah menggunakan roh untuk memasuki badan penari tetapi tujuannya tidak begitu jelas. Namun hari ini telah menyedarkan rupanya mereka mempersembahkan kuda kepang untuk upacara pemujaan dan membersihkan desa dari roh-roh jahat. Penggunaan alat adalah gamelan jawa iaitu jidur, gendang jawa, saron pekin, bonang, gong, angklung, dan kenong kuda kepang. Pembentangan yang baik dengan ketelitiannya. Kerja lapangan yang berlaku di Batu Pahat, Johor juga merupakan pengalaman yang bermakna kerana mereka dapat melihat kelapa kuda yang mempunyai sejarah lebih dari 100 tahun. Tali sebat yang mempunyai bunyi yang kuat apabila disebat telah dipersembahkan serta cara untuk bermain gamelan jawa semasa persembahan. Orang yang menerima temu ramah ini tidak menyatakan dengan jelas tentang pantang-larang yang ada, tetapi kita harus memahami kesulitan beliau kerana mungkin bukan semua benda boleh diperkatakan dengan mudah. Pengalaman yang sedemikian bukan semua orang boleh dapat merasai. Syabas diucapkan kepada kumpulan pembentang kuda kepang.

Jika ada salah dan silap, diharapkan kalian memaafkan saya...

Sekian....


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kumpulan A

blog Pelajar Kumpulan B

blog Pelajar Kumpulan C

SMP2252 CHRISTINE Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template