Kumpulan nobat dan kumpulan Orkestra Cina Moden telah membuat pembentangan pada minggu ke-10 ini. Kumpulan nobat telah membuka mata dan memberi pengetahuan yang baru kepada saya kerana saya tidak mengetahui apa itu nobat. Nobat yang hanya boleh dimain oleh kaum kalur dan lelaki sehaja yang dibenarkan mewarisinya. Hal sedemikian begitu menarik minat saya kerana saya tidak pernah berfikir tentang permainan alat dan sesuatu ensembel hanya boleh dipelajari oleh sejenis kaum. Taniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan nobat kerana telah merakamkan video persembahan nobat di Istana Perak.
Kumpulan Orkestra Cina Moden juga membuat pembentangan yang begitu baik sekali. Mereka masih sempat untuk mencuba bermain alat muzik dari China. Semua alat tersebut adalah begitu unik sehingga saya merasa diri ingin ke tempat tersebut dan pelajari semua alat itu. Walaupun saya merupakan bangsa cina, namun satu daripada alat muzik tersebut pun saya tidak boleh bermain. Saya berasa agak malu dan jika ada peluang, saya akan mempelajari alat muzik dari China. PCC Orkestra merupakan salah satu Orkestra Moden di Malaysia dan mereka masih berusaha untuk mewariskan ilmu tersebut kepada orang ramai. Namun, pemuda zaman sekarang kurang berminat dengan Orkerstra Cina walaupunnya dimodenkan. Perkara ini adalah begitu dikesali kerana kita harus mengekalkan warisi kita. Pembentangan yang begitu hebat kerana saya mengetahui banyak lagi alat muzik China yang baru. Syabas kepada dua kumpulan minggu ke-10!!
Sekian terima kasih...
3 comments:
Terlalu padat. Susah saya nak membacanya. Namun saya tertarik dengan pernyataan saudari yang mengatakan saudari tidak pernah memainkan alat OCM yang ditunjukkan. Ini menunjukkan dalam kalangan masyarakat cina sendiri ia kurang mendapat pendedahan.
bukan hanya saya sebagai kaum melayu yang tidak pernah memainkan alat-alat itu sebelum ini, namun kaum cina sendiri pon ada yang tidak pernah memainkannya. hal ini menunjukkan bahawa kurangnya pendedahan di kalangan kita mengenainya..
herm...agak memalukan...walaupun kaum melayu juga bukan semua didedahkan dengan wayang kulit dan tarian makyong... hal sedemikian agak sedih kerana berlaku dalam negara sendiri...
Post a Comment