Pada hari rabu yang mulia ini, kumpulan Wayang kulit iaitu kumpulan terakhir kita membuat pembentangan pada hari ini. Pembentangan yang begitu menarik telah membuka mata saya sepanjang masa pembentangan. Mereka mulakan pembentangan wayang kulit dengan mempersembahkan Wayang kulit yang sebenar dengan patung-patung dan alat muzik wayang kulit dimainkan. Ini adalah kali pertama saya boleh melihat persembahan wayang kulit secara dekat. Persembahan adalah baik walaupun tidak sebaik kumpulan yang mempersembah di merata tempat, namun persembahan mereka telah mendedahkan bagaimana wayang kulit dimainkan dan muzik serta pertukaran lagu dan rentak serta fungsi-fungsi alat muzik dalam permainan wayang kulit. Syabas diucapkan kepada kumpulan wayang kulit. Saya merasa seronok dengan persembahan wayang kulitnya cuma tidak berapa faham dengan bahasanya. Saya akan cuba belajar bahasa kelantan agar lebih memahami cerita yang disampaikan dalam wayang kulit. Pembentang juga memberi banyak input yang baru tentang wayang kulit.
Jika semua subjek mempunyai pembentangan sedemikian, maka kebanyakan pelajar akan lebih memahami sesuatu tajuk daripada membaca dan menghafal tanpa mengetahui apa sebenar yang hendak disampaikan. Sebagai warga Malaysia, marilah kita teruskan warisan seni kita agarnya tidak dipupus begitu sahaja...wahai pemuda-pemudi, marilah kita menjadi penerus warisan seni budaya Malaysia!!
Terima kasih...
2 comments:
saya suka dengan persembahan wayang kulit yang ditayangkan. Tetapi saya kurang faham dengan bahasa yang digunakan
mari kita sama2 belajar loghat kelantan supaya lebih untuk memahami apa yang dicakapkan oleh tok dalang...~
Post a Comment